Jumaat, 18 November 2011

Huruf Asas Korea: Hangul

HURUF HANGUL

Assalamualaikum semua!

Pada catatan lepas, saya telah memperkenalkan kepada anda tentang huruf asas Jepun iaitu Katakana. Kali ini, saya ingin memperkenalkan huruf Korea pula iaitu Hangul.

Hangul

Hangul ialah huruf yang paling utama dalam negara korea. Saya tidak berapa tahu tentang asal-usulnya....tapi yang pasti huruf nie digunakan di negara korea. Huruf Hangul terbahagi kepada dua iaitu:

a)Huruf konsonan
b)Huruf vokal

i) Huruf Konsonan

Huruf konsonan hangul sama sama sperti huruf rumi. Ada huruf b,d dan lain-lain. Tetapi,yang merumitkan ialah sebutannya. Untuk membezakan sebutan huruf-huruf konsonan, mari kita ikuti konsep ini...


Huruf velar adalah huruf2 yg dibunyikan di belakang lelangit. Huruf alveolar pula di hadapan lelangit. Huruf dental di antara gigi2. Huruf bilabial di bibir. Huruf glottal di kerongkong. 
ini adalah sebutan huruf2 yg sebenar.....


Huruf vokal berganda (kk,tt,pp,ss,jj) perlu ditekan dengan lebih kuat berbanding huruf pangkalnya.



ii) Huruf vokal

Huruf vokal korea sangat banyak dan bunyinya agak mengelirukan. Berikut adalah huruf2 nya...




Itu sajalah yang saya boleh terangkan untuk kali ini..... semoga berjumpa lagi...
じゃな!

Huruf Asas Jepun: Katakana

HURUF KATAKANA


Pada catatan lepas, saya telah memperkenalkan kepada anda tentang huruf Hiragana. Pada catatan kali ini, saya akan memperkenalkan huruf Katakana pula.


Katakana


Katakana berfungsi untuk menunjukkan bahawa perkataan yang dituliskan adalah kata pinjaman dan bukanlah berasal dari negara jepun. Huruf ini dicipta oleh sami dan hampir keseluruhan huruf Katakana mempunyai bucu yang tajam. Berikut adalah senarai huruf Katakana:

i) Huruf konsonan berganda
Sama seperti huruf Hiragana, Katakana juga mempunyai huruf konsonan berganda yang mana perlu ditambahkan ten-ten dan maru. Berikut adalah senarai huruf konsonan berganda bagi Katakana:


ii) Huruf chiisai ya(ャ),chiisai yu(ュ),chiisai yo(ョ) dan chiisai tsu(ッ)

Sama seperti huruf hiragana, huruf Katakana juga mempunyai huruf chiisai ya(ャ),chiisai yu(ュ),chiisai yo(ョ) dan chiisai tsu(ッ). Berikut adalah carta huruf-huruf tersebut:


iii) Huruf Istimewa

Dalam kata pinjaman, terdapat beberapa suku kata yang tidak boleh dibaca oleh orang jepun seperti "tu","fa" dan sebagainya. Berikut adalah carta huruf-huruf istimewa:


Sekian sahajalah perkongsian ilmu kita untuk kali ini. Jumpa lagi pada catatan yang akan datang.

Semoga berjumpa lagi!




Khamis, 17 November 2011

Huruf Asas Jepun

HURUF HIRAGANA


Pengenalan

Huruf Jepun terbahagi kepada tiga iaitu:
a) Hiragana(ひらがな)
b) Katakana(カタカナ)
c) Kanji(漢字)
Huruf-huruf ini berbeza dan mempunyai fungsi yang berlainan.Hal ini bertujuan untuk membezakan perkataan-perkataan yang ingin dituliskan agar tidak terkeliru.Saya akan memperkenalkan huru-huruf ini kepada anda:

Hiragana

Hiragana berfungsi untuk menunjukkan bahawa perkataan yang dituliskan itu berasal dari negara jepun. Perkataan tersebut tidak dipinjam dari mana-mana bahasa dan tidak juga diubah. Pada mulanya, hiragana hanya digunakan oleh kaum perempuan. Pada zaman sekarang, huruf-huruf hiragana telah digunakan oleh seluruh rakyat jepun. Kebanyakan huruf hiragana ditulis melengkung dan bulat serta tidak mempunyai bucu. Berikut adalah senarai huruf hiragana:



i) Huruf Konsonan Berganda

Sesetengah huruf hiragana boleh berubah bunyinya apabila ditambahkan ten-ten dan maru. Huruf-huruf ini dipanggil sebagai huruf konsonan berganda. Ten-ten ialah dua calit yang diletakkan di penjuru atas sebelah kanan huruf. Maru pula ialah bulatan kecil yang diletakkan sama kedudukannya seperti ten-ten. Huruf-huruf tersebut ialah:



ii) Huruf n(ん)

Huruf n()akan berubah bunyi jika bertemu dengan huruf- huruf tertentu. Berikut adalah senarai perubahan bunyi huruf n():

a) Jika bertemu dengan 'ba-bo'(ば-ぼ),'ma-mo'(ま-も) dan 'pa-po'(ぱ-ぽ) ia akan bertukar menjadi 'm'
     cth: gambatte kudasai(がんばって ください)=semoga berjaya

b) Jika bertemu dengan 'ka-ko'(か-こ) dan 'ga-go'(が-ご), ia akn bertukar menjadi 'ng'.
     cth: banggou(ばんごう)=nombor

c) Jika bertemu dengan selain daripada yang dinyatakan, ia akan bertukar menjadi 'n'.
     cth: denwa(でんわ)=telefon



iii) Huruf chiisai ya(ゃ),chiisai yu(ゅ),chiisai yo(ょ) dan chiisai tsu(っ)

'Chiisai'(ちいさい) bererti kecil. 'chiisai ya'(ゃ) bererti huruf 'ya'(や) yang dikecilkan. Huruf yang bertemu dgn huruf chiisai ya,yu dan yo akan dibaca secara singkat. contohnya, 'bi'(び). Jika ia bertemu dengan huruf chiisai ya(ゃ) bunyinya bukan lagi 'biya' tetapi telah bertukar menjadi 'bya'.Berikut adalah carta huruf-huruf tersebut.




Lain pula bagi huruf chiisai tsu(っ). Jika huruf tersebut bertemu dengan sesuatu huruf, ia akan mengikuti bunyi huruf depan selepasnya. Contohnya, jika ia bertemu dengan ka(か), bunyinya akan mengikuti huruf depan selepasnya iaitu k. Contoh dalam perkataan 'sekolah', iaitu 'gakkou'(がっこう).

Hari ini, saya akan terangkan tentang hiragana sahaja dulu ya. nanti saya akan terangkan tentang huruf Katakana dan kanji dalam catatan akan datang.

Semoga berjumpa lagi!

Selasa, 15 November 2011

Assalamualaikum...

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi peluang untuk menghasilkan blog ini. Blog ini dihasilkan bertujuan untuk menyampaikan dan berkongsi sedikit ilmu yang saya ada tentang beberapa bahasa asing antaranya Bahasa Jepun, Bahasa Korea dan Bahasa Arab. Saya akan mengisi maklumat baharu Insya Allah seminggu sekali. Sebenarnya,saya nie tak lah pandai sangat dalam bahasa2 asing nie. Tapi, saya akan berusaha untuk buat yang terbaik.
Sekian, wassalam.