Sabtu, 17 November 2012

Senarai Partikel Korea

안녕하세요!
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Hari tu saya ada publish partikel jepun kan? Hah, yang ni partikel korea....

1. Partikel subjek: 이/가 - Menunjukkan subjek sesuatu ayat.

2. Partikel objek: 을/를 -  Menunjukkan objek bagi sesuatu ayat.

3. Partikel adjektif: 의 -  Menunjukkan kepunyaan atau sifat sesuatu kata nama.

4. Partikel predikat: 이다/다. Diletakkan di hujung ayat untuk membentuk predikat. Juga bermaksud "ialah","adalah".

5. Partikel seruan: 아/야, 이여/여. Menunjukkan seruan.

6. Partikel adverb:


  • destinasi :에 (tempat), 에게, 한테 (orang) - menunjukkan destinasi ataupan kepada. 
  • capaian : 에, 으로/로 (place+), 에게로, 한테로 (person+) - menunjukkan destinasi akhir subjek. Juga bermaksud kehadapan. 
  • asal-usul : 에서 (tempat), 한테서, 에게서/게서 (orang), 으로부터/로부터 (tempat,orang) - menunjukkan tempat permulaan atau asal sesuatu. Juga bermaksud 'dari/daripada'.
  • peralihan : 으로/로 - menunjukkan benda tersebut ialah produk akhir dalam sesuatu perubahan. Juga bermaksud 'ke/kepada'(perubahan).
  • sekutu : 와/과, 하고, 랑/이랑. menyambung dua kata nama. Juga bermaksud 'dan'.
Sebenarnya, partikel yang saya senaraikan di atas adalah partikel yg saya faham dan ketahui sahaja. Ilmu saya dalam bahasa korea tidaklah sedalam bahasa jepun kerana saya tak mempelajarinya di sekolah. Jikalau saya ada maklumat yang lebih lanjut, saya akan publish nanti, InsyaAllah.
Semoga bejumpa lagi. 안녕히 가세요!

Senarai Partikel Jepun

こんにちは!
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Partikel adalah pemisah sesuatu perkataan dengan perkataan yg lain serta menerangkan kegunaan perkataan tersebut saba ada ia adalah objek, subjek dan sebagainya. Partikel jepun adalah banyak dan saya belum hafal lagi sepenuhnya. Berikut adalah senarai partikel serta kegunaannya...

NoPartikelMaksud/kegunaan
1は (wa)Menunjukkan topik ayat
2か (ka)Menunjukkan soalan dan diletakkan di hujung ayat
3が (ga)Menunjukkan subjek ayat
4に (ni)- menunjukkan lokasi
- menunjukkan masa atau kekerapan
- menunjukkan objek tidak langsung bagi   sesuatu kata kerja
- menunjukkan lokasi di mana sesuatu tindakan berlaku
- menunjukkan lokasi ketibaan
- menandakan gerakan memasuki
- digunakan bersama-sama dengan kata kerja untuk menyatakan tujuan
- digunakan dengan kata kerja untuk menunjukkan perubahan atau pilihan
- menunjukkan seseorang yang memberikan sesuatu atau yang menyediakan perkhidmatan
- menunjukkan seseorang beraksi atau seseorang yang dikenakan sesuatu aksi
- menyambungkan dua atau lebih kata nama untuk menunjukkan satu senarai sesuatu
- Menyambung dua atau lebih item untuk menunjukkan padanan atau perbezaan
5の (no)Menunjukkan kepunyaan
6へ (e)Menunjukkan arah tujuan
7を(wo/o)Menunjukkan objek langsung bagi sesuatu kata kerja
8と (to)Digunakan untuk menyambung dan menyenaraikan beberapa item
9や (ya)Digunakan untuk menyambung dan menyenaraikan sebahagian daripada beberapa item
10など (nado)Digunakan bersama や (ya) untuk menyenaraikan sebahagian daripada beberapa item
11も (mo)- bermaksud "terlalu", "sama ada", "juga"
- ... dan ..., baik ... mahupun ... 
12で (de)- menunjukkan lokasi sesuatu tindakan




Sebenarnya, banyak lagi partikel..... tapi, InsyaAllah saya akan paparkan pada post yang akan datang ye.... nanti saya akan terangkan kegunaan partikel di atas satu per satu, InsyaAllah.....
Semoga berjumpa lagi....じゃな!