Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....
Hari tu saya ada publish partikel jepun kan? Hah, yang ni partikel korea....
1. Partikel subjek: 이/가 - Menunjukkan subjek sesuatu ayat.
2. Partikel objek: 을/를 - Menunjukkan objek bagi sesuatu ayat.
3. Partikel adjektif: 의 - Menunjukkan kepunyaan atau sifat sesuatu kata nama.
4. Partikel predikat: 이다/다. Diletakkan di hujung ayat untuk membentuk predikat. Juga bermaksud "ialah","adalah".
5. Partikel seruan: 아/야, 이여/여. Menunjukkan seruan.
6. Partikel adverb:
- destinasi :에 (tempat), 에게, 한테 (orang) - menunjukkan destinasi ataupan kepada.
- capaian : 에, 으로/로 (place+), 에게로, 한테로 (person+) - menunjukkan destinasi akhir subjek. Juga bermaksud kehadapan.
- asal-usul : 에서 (tempat), 한테서, 에게서/게서 (orang), 으로부터/로부터 (tempat,orang) - menunjukkan tempat permulaan atau asal sesuatu. Juga bermaksud 'dari/daripada'.
- peralihan : 으로/로 - menunjukkan benda tersebut ialah produk akhir dalam sesuatu perubahan. Juga bermaksud 'ke/kepada'(perubahan).
- sekutu : 와/과, 하고, 랑/이랑. menyambung dua kata nama. Juga bermaksud 'dan'.
Semoga bejumpa lagi. 안녕히 가세요!