Huruf Asas Jepun
HURUF HIRAGANA
Pengenalan
Huruf Jepun terbahagi kepada tiga iaitu:
a) Hiragana(ひらがな)
b) Katakana(カタカナ)
c) Kanji(漢字)
Huruf-huruf ini berbeza dan mempunyai fungsi yang berlainan.Hal ini bertujuan untuk membezakan perkataan-perkataan yang ingin dituliskan agar tidak terkeliru.Saya akan memperkenalkan huru-huruf ini kepada anda:
Hiragana
Hiragana berfungsi untuk menunjukkan bahawa perkataan yang dituliskan itu berasal dari negara jepun. Perkataan tersebut tidak dipinjam dari mana-mana bahasa dan tidak juga diubah. Pada mulanya, hiragana hanya digunakan oleh kaum perempuan. Pada zaman sekarang, huruf-huruf hiragana telah digunakan oleh seluruh rakyat jepun. Kebanyakan huruf hiragana ditulis melengkung dan bulat serta tidak mempunyai bucu. Berikut adalah senarai huruf hiragana:
i) Huruf Konsonan Berganda
Sesetengah huruf hiragana boleh berubah bunyinya apabila ditambahkan ten-ten dan maru. Huruf-huruf ini dipanggil sebagai huruf konsonan berganda. Ten-ten ialah dua calit yang diletakkan di penjuru atas sebelah kanan huruf. Maru pula ialah bulatan kecil yang diletakkan sama kedudukannya seperti ten-ten. Huruf-huruf tersebut ialah:
ii) Huruf n(ん)
Huruf n(ん)akan berubah bunyi jika bertemu dengan huruf- huruf tertentu. Berikut adalah senarai perubahan bunyi huruf n(ん):
a) Jika bertemu dengan 'ba-bo'(ば-ぼ),'ma-mo'(ま-も) dan 'pa-po'(ぱ-ぽ) ia akan bertukar menjadi 'm'
cth: gambatte kudasai(がんばって ください)=semoga berjaya
b) Jika bertemu dengan 'ka-ko'(か-こ) dan 'ga-go'(が-ご), ia akn bertukar menjadi 'ng'.
cth: banggou(ばんごう)=nombor
c) Jika bertemu dengan selain daripada yang dinyatakan, ia akan bertukar menjadi 'n'.
cth: denwa(でんわ)=telefon
iii) Huruf chiisai ya(ゃ),chiisai yu(ゅ),chiisai yo(ょ) dan chiisai tsu(っ)
'Chiisai'(ちいさい) bererti kecil. 'chiisai ya'(ゃ) bererti huruf 'ya'(や) yang dikecilkan. Huruf yang bertemu dgn huruf chiisai ya,yu dan yo akan dibaca secara singkat. contohnya, 'bi'(び). Jika ia bertemu dengan huruf chiisai ya(ゃ) bunyinya bukan lagi 'biya' tetapi telah bertukar menjadi 'bya'.Berikut adalah carta huruf-huruf tersebut.
Lain pula bagi huruf chiisai tsu(っ). Jika huruf tersebut bertemu dengan sesuatu huruf, ia akan mengikuti bunyi huruf depan selepasnya. Contohnya, jika ia bertemu dengan ka(か), bunyinya akan mengikuti huruf depan selepasnya iaitu k. Contoh dalam perkataan 'sekolah', iaitu 'gakkou'(がっこう).
Hari ini, saya akan terangkan tentang hiragana sahaja dulu ya. nanti saya akan terangkan tentang huruf Katakana dan kanji dalam catatan akan datang.
Semoga berjumpa lagi!
terima kasih saya memang hendak belajar lebih banyak tentang bahasa jepun...
BalasPadamSaya sangat gembira....dengan maklumat di atas...
BalasPadamSaya sangat gembira....dengan maklumat di atas...
BalasPadamSaya sangat gembira....dengan maklumat di atas...
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamterima kasih share ilmu diatas =)
BalasPadamtrima kasih atas ilmunya ya...
BalasPadamsaya sangat berterima kasih arigato
BalasPadamH a w k e r n m a y s e m o g a
BalasPadamb e r j a y a. D a l a m u j i a n
Terbaik laaahh
BalasPadamwatashinonamaeha mikasadesu, saizenwotsukusu
BalasPadammantaplah
BalasPadamWakarimasen
BalasPadamArigatougozaimase
BalasPadamBoleh Tak saya wassap awak. Saya sangat berminat nak tahu lebih lanjut mengenai Bahasa jepun ini.
BalasPadamBoleh awak share buku teks apa yang awak baca.
BalasPadamArigatou
BalasPadamthanks for information
BalasPadamGAMSAHAMNIDA , XIEXIE, ARIGATO, THANKS
BalasPadamArigatou
BalasPadamterima kasih telah mengajar huruf huruf jepun saya memang suka belajar bahasa jepun :)
BalasPadamBermanfaat sangat apa yang cikgu telah share 😁
BalasPadam