Khamis, 17 November 2011

Huruf Asas Jepun

HURUF HIRAGANA


Pengenalan

Huruf Jepun terbahagi kepada tiga iaitu:
a) Hiragana(ひらがな)
b) Katakana(カタカナ)
c) Kanji(漢字)
Huruf-huruf ini berbeza dan mempunyai fungsi yang berlainan.Hal ini bertujuan untuk membezakan perkataan-perkataan yang ingin dituliskan agar tidak terkeliru.Saya akan memperkenalkan huru-huruf ini kepada anda:

Hiragana

Hiragana berfungsi untuk menunjukkan bahawa perkataan yang dituliskan itu berasal dari negara jepun. Perkataan tersebut tidak dipinjam dari mana-mana bahasa dan tidak juga diubah. Pada mulanya, hiragana hanya digunakan oleh kaum perempuan. Pada zaman sekarang, huruf-huruf hiragana telah digunakan oleh seluruh rakyat jepun. Kebanyakan huruf hiragana ditulis melengkung dan bulat serta tidak mempunyai bucu. Berikut adalah senarai huruf hiragana:



i) Huruf Konsonan Berganda

Sesetengah huruf hiragana boleh berubah bunyinya apabila ditambahkan ten-ten dan maru. Huruf-huruf ini dipanggil sebagai huruf konsonan berganda. Ten-ten ialah dua calit yang diletakkan di penjuru atas sebelah kanan huruf. Maru pula ialah bulatan kecil yang diletakkan sama kedudukannya seperti ten-ten. Huruf-huruf tersebut ialah:



ii) Huruf n(ん)

Huruf n()akan berubah bunyi jika bertemu dengan huruf- huruf tertentu. Berikut adalah senarai perubahan bunyi huruf n():

a) Jika bertemu dengan 'ba-bo'(ば-ぼ),'ma-mo'(ま-も) dan 'pa-po'(ぱ-ぽ) ia akan bertukar menjadi 'm'
     cth: gambatte kudasai(がんばって ください)=semoga berjaya

b) Jika bertemu dengan 'ka-ko'(か-こ) dan 'ga-go'(が-ご), ia akn bertukar menjadi 'ng'.
     cth: banggou(ばんごう)=nombor

c) Jika bertemu dengan selain daripada yang dinyatakan, ia akan bertukar menjadi 'n'.
     cth: denwa(でんわ)=telefon



iii) Huruf chiisai ya(ゃ),chiisai yu(ゅ),chiisai yo(ょ) dan chiisai tsu(っ)

'Chiisai'(ちいさい) bererti kecil. 'chiisai ya'(ゃ) bererti huruf 'ya'(や) yang dikecilkan. Huruf yang bertemu dgn huruf chiisai ya,yu dan yo akan dibaca secara singkat. contohnya, 'bi'(び). Jika ia bertemu dengan huruf chiisai ya(ゃ) bunyinya bukan lagi 'biya' tetapi telah bertukar menjadi 'bya'.Berikut adalah carta huruf-huruf tersebut.




Lain pula bagi huruf chiisai tsu(っ). Jika huruf tersebut bertemu dengan sesuatu huruf, ia akan mengikuti bunyi huruf depan selepasnya. Contohnya, jika ia bertemu dengan ka(か), bunyinya akan mengikuti huruf depan selepasnya iaitu k. Contoh dalam perkataan 'sekolah', iaitu 'gakkou'(がっこう).

Hari ini, saya akan terangkan tentang hiragana sahaja dulu ya. nanti saya akan terangkan tentang huruf Katakana dan kanji dalam catatan akan datang.

Semoga berjumpa lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan