Jumaat, 18 November 2011

Huruf Asas Jepun: Katakana

HURUF KATAKANA


Pada catatan lepas, saya telah memperkenalkan kepada anda tentang huruf Hiragana. Pada catatan kali ini, saya akan memperkenalkan huruf Katakana pula.


Katakana


Katakana berfungsi untuk menunjukkan bahawa perkataan yang dituliskan adalah kata pinjaman dan bukanlah berasal dari negara jepun. Huruf ini dicipta oleh sami dan hampir keseluruhan huruf Katakana mempunyai bucu yang tajam. Berikut adalah senarai huruf Katakana:

i) Huruf konsonan berganda
Sama seperti huruf Hiragana, Katakana juga mempunyai huruf konsonan berganda yang mana perlu ditambahkan ten-ten dan maru. Berikut adalah senarai huruf konsonan berganda bagi Katakana:


ii) Huruf chiisai ya(ャ),chiisai yu(ュ),chiisai yo(ョ) dan chiisai tsu(ッ)

Sama seperti huruf hiragana, huruf Katakana juga mempunyai huruf chiisai ya(ャ),chiisai yu(ュ),chiisai yo(ョ) dan chiisai tsu(ッ). Berikut adalah carta huruf-huruf tersebut:


iii) Huruf Istimewa

Dalam kata pinjaman, terdapat beberapa suku kata yang tidak boleh dibaca oleh orang jepun seperti "tu","fa" dan sebagainya. Berikut adalah carta huruf-huruf istimewa:


Sekian sahajalah perkongsian ilmu kita untuk kali ini. Jumpa lagi pada catatan yang akan datang.

Semoga berjumpa lagi!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan