Sabtu, 17 November 2012

Senarai Partikel Korea

안녕하세요!
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Hari tu saya ada publish partikel jepun kan? Hah, yang ni partikel korea....

1. Partikel subjek: 이/가 - Menunjukkan subjek sesuatu ayat.

2. Partikel objek: 을/를 -  Menunjukkan objek bagi sesuatu ayat.

3. Partikel adjektif: 의 -  Menunjukkan kepunyaan atau sifat sesuatu kata nama.

4. Partikel predikat: 이다/다. Diletakkan di hujung ayat untuk membentuk predikat. Juga bermaksud "ialah","adalah".

5. Partikel seruan: 아/야, 이여/여. Menunjukkan seruan.

6. Partikel adverb:


  • destinasi :에 (tempat), 에게, 한테 (orang) - menunjukkan destinasi ataupan kepada. 
  • capaian : 에, 으로/로 (place+), 에게로, 한테로 (person+) - menunjukkan destinasi akhir subjek. Juga bermaksud kehadapan. 
  • asal-usul : 에서 (tempat), 한테서, 에게서/게서 (orang), 으로부터/로부터 (tempat,orang) - menunjukkan tempat permulaan atau asal sesuatu. Juga bermaksud 'dari/daripada'.
  • peralihan : 으로/로 - menunjukkan benda tersebut ialah produk akhir dalam sesuatu perubahan. Juga bermaksud 'ke/kepada'(perubahan).
  • sekutu : 와/과, 하고, 랑/이랑. menyambung dua kata nama. Juga bermaksud 'dan'.
Sebenarnya, partikel yang saya senaraikan di atas adalah partikel yg saya faham dan ketahui sahaja. Ilmu saya dalam bahasa korea tidaklah sedalam bahasa jepun kerana saya tak mempelajarinya di sekolah. Jikalau saya ada maklumat yang lebih lanjut, saya akan publish nanti, InsyaAllah.
Semoga bejumpa lagi. 안녕히 가세요!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan